Pages

Subscribe:

Labels

Radio KRB's Online

Wednesday 17 August 2011

KATA ALUAN PENGERUSI KRB



KATA ALUAN
PENGERUSI KELAB RUMPUN BULUH
ABD.KASSIM B.ABD LATIFF (KAZ)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Segala puji bagi Allah,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya Kelab Rumpun Buluh (KRB)merupakan wasilah bagi membentuk generasi yang berdikari,jati diri dan kenali diri.

Saya bersyukur kerana KRB berjaya ditubuhkan.Semoga suatu hari nanti KRB kian gah dan semakin melangkah jauh ketengah masyarakat. Saya berharap berkat kesungguhan,kesabaran dan doa dari semua ahli KRB,agar segala usaha ini dapat dikekalkan supaya KRB mampu berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang bakal mendatang.

Pada ruangan ini,saya mendoakan ahli KRB agar menjadi insan yang bersinar didalam masyarakat yang mampu memimpin diri,keluarga,agama dan negara dimasa depan.

Harapan saya agar KRB terus mampu memainkan peranan sebagai satu kelab yang dapat membentuk masyarakat khasnya kepada generasi muda.

Semoga segala titisan keringat yang kembang diatas muka bumi mendapat ganjaran wajar dari Yang Maha Esa.Sesungguhnya Ia sebaik-baik penilai dan pembalas jasa.

Takbir !(AllahuAkbar)

Wassalam,
Kaz Latiff.